Novel televisyen bersiri

Novel televisyen bersiri (renzoku terebi shosetsu), dikenali sebagai asadora (drama pagi), adalah siri program drama televisyen Jepun yang disiarkan pada pagi Isnin hingga Jumaat oleh perbadanan penyiaran awam Jepun NHK sejak 1961.Novel televisyen bersiri mewakili drama Jepun.  Ia merupakan satu-satunya drama bersiri yang kadar penontonnya dilaporkan dalam akhbar tabloid setiap minggu. Pada mulanya ia menyiarkan enam cerita seminggu yang panjangnya adalah 15 minit setiap cerita dan berlangsung selama tempoh enam bulan. Tetapi sejak karya ke-102, ia mula menyiarkan lima cerita seminggu. Sejak permulaan siaran karya pertama hinnga karya ke-101 siarannya tidak pernah berhenti. Siaran karya ke-102 berhenti kerana mereka tidak boleh melakukan penggambaran disebabkan oleh wabak COVID-19. Hampir semua kandungan karyanya adalah drama rumah dan kebiasaannya watak utamanya adalah perempuan.